Followers Yang Baik Hati, Tq

Monday, November 15, 2010

Puding Karamel

Haaa..teruja tak tgk gambar yang diambil pakai camera cap ayam nih...hihihihi nih dh lama dah buat..saja nak penuhkan N3 untuk hari nih...resepi nih kalau tak silap ambik daripada Majalah Mingguan Wanita...lupa edisi bila...tapi kira lama dah ler...jum check it out....

Bahan-bahan
1 tin susu cair
4 biji telur gred B
1 sudu kecil essen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
100gm gula castor (bole kurang lagi jika tak suka manis)

Bahan Karamel
3 Sudu Besar gula kasar - dimasak atas loyang sehingga keperang-perangan. (ketepikan) tak perlu campur air...biar keras pun takpa....nanti bila kukus dia cair balik.

Cara-Cara
1. Pukul Telur + gula sehingga kembang...Masukkan Susu Cair..essen vanilla..Sambil pukul perlahan-lahan...n then masukkan tepung jagung..Jika mahu puding nampak cantik...tapis dulu adunan sebelum dituang ke dalam loyang. Jika tak nak tapis...Kena kacau semua bahan perlahan-lahan supaya tidak berbuih-buih.

Cara Masak
Kukus dalam periuk kukusan yang tengah mendidih selama 25 minit. Tutup penutup kukus dengan kain tuala (saya guna napkin anak je). supaya wap tidak masuk. ada dua kaedah utk buat puding nih...kaedah bain marie pun bole juga diguna pakai..Selamat Mencuba...Kalau rajin boleh buat sos kastard atau makan dgn fruit cocktail...hihihihi

2 comments:

  1. salam dik... akak dtg nih... uishhh wpon camera cap ayam tp pestaim akak tgk pong dah teruja... bagus dik.... teruskan berkongsi resepi dgn niat yg ikhlas... akak suker la tgk stoberi tuh! kretip dan sgt cantik!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam..alhamdulillah berkat ilmu dari kak hana juga.......hihih terujanye hati..bila sifoo sudi jengah kat sini...
    akak try ler wat strawberi tuh...mesti mengancam!!Terima kasih yer kak...nanti try ler follow semule yer huhu..tq tq

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Jasa anda amat dihargai.Kepada Anonymous sila tinggalkan nama :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...