Followers Yang Baik Hati, Tq

Monday, November 29, 2010

Spagetti Bolognese

Ptg semalam mak suruh dah buat spageti nih...tp daging kisar plak takde...so mlm td pergi la beli kat econsave...hari nih kul 5 pg aku dah bangun....hehe lepas tuh nak siap2 p keje plak..kang kalau tak bangun awal..kelam kabut plak.nak buat spageti...kebetulan ade sos spageti cendawan cap KIMBALL dah terperap lama dlm peti ais...ini resepi dia

tgk tuh still penuh lagi..walaupun dh guna..

guna DuChef..sbb tak masam sgt

sebelum p ofis, sempat makan dgn mak..nyum nyum


Bahan-bahan
500gm spageti San Remo( direbus dengan air mendidih + letak sikit minyak masak/ zaitun/butter + garam)
400gm daging kisar Ramly - kasi lembut dulu sblm guna
220gm tomato pure jenama Du Chef (seperti di gambar)
1 botol sos spageti perasa cendawan jenama Kimball
1 tin cendawan butang - di hiris nipis
1 mangkuk kecil mixed vege
2 sudu besar serbuk oregano
3 helai daun bay
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
3 sudu besar gula (ikut sedap anda la)
1 sudu besar garam
2 keping keju slice any brand (x bubuh pun takpa)
1 senduk susu segar (x bubuh pun takpa)
2 sudu besar butter untuk menumis
1 labu bawang besar  holland - di dadukan
1 tin air (sukat tin DuChef)

Cara-cara
1. Cairkan butter dlm periuk.Masukkan bawang holland, Masak sehingga sedikit layu . Masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna.
2. Masukkan sos spageti kimball + Tomato Puri Duchef + 1 tin air. Masukkan Daun Bay, Serbuk oregano dan serbuk lada hitam kasar. Masukkan cendawan dan mixed Vege
3. Masukkan susu segar + keju . Kacau sehingga rata dan sebati.
4. Masukkan garam dan gula. mengikut sukatan kegemaran anda. Aku suka manis sikit..sbb baru rase masam-masam manis.
5. Tutup Api bila kuah td sudah mendidih. dan sedia dihidangkan bersama serbuk keju (jika ada)

Catatan : jika nak tambah lagi bahan seperti  sosej,bebola daging/ ayam..lagi besh~~

Masak Lemak Cili Api Ikan Gerut-Gerut

Ikan Gerut @ ikan gerot2 nih sedap sangat isinya...isinya manis tetapi mudah hancur..harga pun bole tahan mahalnye.. Sesuai untuk masak lemak cili api, stim,goreng pun sodap...kebetulan kat rumah tuh...banyak sangat cili kampung (tanam sendiri punya)...so ape lagi...


Bahan-bahan
1 /2 kg  ikan gerut-gerut - disiang dan dibersih
8 - 10  biji cili api kampung (kalau tak suke pedas,kurangkan kuantiti)*
1 ulas bawang besar @ 5 ulas bawang merah*
1 - 1/2 inci kunyit hidup* (dikisar halus)
2 batang serai - diketuk
2 keping asam gelugor
300ml pati santan @ RM 2.00 pati santan
800ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 sudu kecil minyak untuk menumis (kalau tak nak tumis pun takpa)

1. Tumis bahan yang telah diblender tadi  bersama serai hingga pecah minyak. Masukkan 1/2 cawan air. Masak sehingga mendidih.
2. Masukkan ikan, asam gelugor. apabila ikan hampir masak, Masukkan pati santan. Kacau. Tambahkan lagi dengan santan cair. masukkan garam dan gula.
3. Kena kacau selalu kerana tak nak muntah kucing...kata orang2 kampung..masak lemak jadi tak cantik berbintil2..so kena kacau selalu ..apabila ikan sudah masak.Tutupkan api. Sedia dihidangkan

Ikan Cencaru Sumbat

Bahan
4 ekor ikan cencaru- dibelah belakang dan digaram kunyitkan
20 tangkai cili kering - dibuang biji dan rebus
4 biji cili merah besar - dipotong kecil dan dibuang biji
1 ulas bawang besar - di potong dadu
1 mangkuk kecil perahan air asam jawa - bancuh pekat
3cm belacan
2 sudu besar gula
1 sudu makan garam

Cara-cara
1. Kisar cili kering yang telah direbus + cili merah + air asam jawa+belacan
2. Tuang adunan yang dikisar dalam mangkuk. Campurkan gula dan garam. rasala dulu dgn hujung lidah ..kot termanis atau termasin....Masukkan bawang yg diracik tadi..gaul kan rata
3. Sumbat 2 sudu makan sambal tadi ke dalam ikan. Dan goreng menggunakan minyak yang sedang panas.

Sunday, November 28, 2010

Slice CheeseCake

Kek nih 2nd time buat...1st time buat...kek jadi dua lapis...lapis bawah mcm puding..lapis atas mcm kek span...walaupun 2 lapis..tp still sedap.,..kejap je anak lincinkan...so tgk chesdale cheese brand Mother Choice murah..hihi TESCO buat sale..12 keping 6.00 so..rembat laa satu pek...

kek ni saya bakar mula2 memang ikut resepi tuh..tp tgk dok lembap2 jugak..mcm tak gebu..so tambah lagi lebih kurang 20 minit...still lembap jugak..tak kering mcm yg orang lain buat..ihihih takpala.janji bile potong tak berderai udah ler...

Tq to Onigiri dr Myresepi kerana sudi share resepi yang simple..tp kena buat ikut teknik yang betul..kalau tak hehehe paham2 sendiri ler

 

 

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air Panas di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya

Wednesday, November 24, 2010

Kek Marble Puding Karamel

Member kat pejabat bgtau..sekang kek paling femes kek marble puding karamel...n then kat ofis ni pun ade isteri sorang pegawai En . Asraf tuh jual...dan die pun ade bawa kek tuh kat majlis jamuan raya pejabat..rasenye not bad..sangat sedap dan tak muak..rupa pun cantik jugak...mase tuh terfikir..isk kreatif nya laa kek2 sekang nih...cuba layan gambor nih..
So...ape lagi suruh member2 skodeng kat internet..ade tak resepi kek nih...Alhamdulillah ada..resepi nih di ambil dekat FB Kongsi Resepi oleh Pn Munirah Baharom ...utk versi lebih terang dan jelas boleh lihat di Fb Sasha Rahmat ...bahan-bahan yang nak digunakan pun senang cari...cuma nak kena cari Cream Of Tartar jer..sib baik cream ni tak mahal...1st try..kek yang saya buat nih..tak berapa jadi..di bahagian karamelnye..mungkin sbb loyang yang saya guna tuh....terlalu besar..jadi die nampak nipis..dan tekstur dia agak lembik..mase terbalikkan dia pun..ade pecahan dibahagian tebing kek...Arghhh takperla...1st try kan..nanti leh buat lagi...

Nih Resepi dia
Sumber : Pn Munirah
Loyang saiz 7x7

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...
 Petua : setelah masak Tunggu sehingga 15 minit baru terbalikkan dengan bekas yang lebih besar dan sejukkan dalam peti ais
tgk tuh...mcm gempa bumi haha


Tuesday, November 23, 2010

Kari Daging Cincang

Almaklum saje la...lepas2 hari raya Qurban nih...banyak benor daging dlm peti ais...tak tau dah nak masak ape..balik-balik..sup,rendang,masak lomak...hehe sebab itu aje yang mudah dan bahan2 ada kat umah.tp untuk hari nih..saya buat kari daging cincang...resepi dari jiran (mamak pior)..kari ni kite orang makan dengan roti benggali...buat cicah2...huhu


 Bahan-bahan
1 kg daging cincang @ daging biasa (kalau yang campur dgn lemak2 pun lagi sedap)
4 biji kentang - dibelah 4
Santan - Rm1.00 (blender dgn sedikit air - buat 2 kali perahan)
Garam
Serbuk perasa - jika suka

Bahan A
1 ulas bawang besar } dikisar
4 ulas bawang merah} dikisar
2 ulas bawang putih} dikisar
3cm halia} dikisar
2 tangkai daun kari @ daun karapole
2 biji tomato - dibelah 4
2 tangkai bunga cengkih
1 tangkai bunga lawang
1 tangkai kulit kayu manis
1 tangkai buah pelaga

Bahan B
2 paket kecik serbuk kari ayam cap Baba's} disatukan dgn air dijadikan pes
2 sudu makan serbuk cili - jika ada} disatukan dgn air dijadikan pes

Cara-cara
1. Perap daging yang telah dibersihkan dengan Bahan B( pes rempah kari + serbuk cili yang telah disatukan dengan air), sekurang-kurangnya 1 jam
2. Tumis bahan A sehingga naik bau dan keperangan-perangan. Masukkan daging yang telah diperap tadi. dan masukkan sekali ubi kentang. Masak sehingga daging dan ubi empuk. jika nampak kuah terlalu kering boleh tambah sedikit air.
3. Bila dah empuk , masukkan santan, garam, serbuk perasa. Bila kuah sudah menggelegak.,maka masakla kari kita tadi...

Monday, November 15, 2010

Puding Karamel

Haaa..teruja tak tgk gambar yang diambil pakai camera cap ayam nih...hihihihi nih dh lama dah buat..saja nak penuhkan N3 untuk hari nih...resepi nih kalau tak silap ambik daripada Majalah Mingguan Wanita...lupa edisi bila...tapi kira lama dah ler...jum check it out....

Bahan-bahan
1 tin susu cair
4 biji telur gred B
1 sudu kecil essen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
100gm gula castor (bole kurang lagi jika tak suka manis)

Bahan Karamel
3 Sudu Besar gula kasar - dimasak atas loyang sehingga keperang-perangan. (ketepikan) tak perlu campur air...biar keras pun takpa....nanti bila kukus dia cair balik.

Cara-Cara
1. Pukul Telur + gula sehingga kembang...Masukkan Susu Cair..essen vanilla..Sambil pukul perlahan-lahan...n then masukkan tepung jagung..Jika mahu puding nampak cantik...tapis dulu adunan sebelum dituang ke dalam loyang. Jika tak nak tapis...Kena kacau semua bahan perlahan-lahan supaya tidak berbuih-buih.

Cara Masak
Kukus dalam periuk kukusan yang tengah mendidih selama 25 minit. Tutup penutup kukus dengan kain tuala (saya guna napkin anak je). supaya wap tidak masuk. ada dua kaedah utk buat puding nih...kaedah bain marie pun bole juga diguna pakai..Selamat Mencuba...Kalau rajin boleh buat sos kastard atau makan dgn fruit cocktail...hihihihi

Sunday, November 14, 2010

Biskut Strawberi @ Tart Strawberi - Step by Step



Terliur dak tengok gambaq kat atas tuh...kalau terliur moh ler try cuba...tp saya minta maaf bebanyak..sukatan tepung gandum tak dan nak timbang...sbb saya masuk dalam adunan...main agak2 jer..ikut sedap bancuh...jgn terlalu lembut..dan terlalu keras...hihi..sedap tauu...

Bahan

250gm mentega berkualiti tinggi saya guna SCS
1 biji kuning telur - putih telur jgn dibuang
25gm - 50gm strawberry paste (boleh letak lebih jika warna agak pudar mengikut brand masing2)
Tepung Gandum secukupnya (lebih kurang 350gm)
semangkuk kecil lenga @ bijan
Bunga Cengkih
Jem nenas - di gelentel bulat2 @ boleh ganti dgn jem strawberi yg dibeli dikedai bakery khas utk buat tart



1. Gelentel jem nenas lebih kurang besar2 guli gitu..kalau kecil..maka kecil la strawberi kita
2. Pukul mentega sehingga kembang. guna senduk kayu ja.pastikan mentega sudah lembut
3. Masukkan 1 biji kuning telur. dan kacau lagi
4. Masukkan Paste Strawbery, Sambil kacau lagi.
5.Masukkan Tepung gandum secukupnya. Masuk sikit-sikit.Bancuh tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Uji adunan jika boleh bentuk ala-strawberi, adalah sudah memadai.


6. Ambil sedikit adunan tepung tadi. Masukkan inti nenas didalamnya dan bentukkan menjadi ala-ala strawberi.

7 Kepit permukaan biskut tadi menggunakan pengepit. Agar kelihatan berlubang2. Tujuan supaya..mudah apabila hendak menabur biji bijan @ lenga (nk nampak real mcm stroberi). Pengepit itu sebenarnye adalah pengepit kuih bangkit @ bakar. Jika tiada.. tak kepit pun takpa..tp ade juga yg mengunakan pencungkil gigi utk mendapatkan lubang2 kecil.
9. Sapu putih telur perlahan2 dan taburkan biji bijan @ lenga sehingga rata. Cucukkan bunga cengkih di bahagian tangkai.
Bakar selama 25-30 minit pada suhu 180'c mengikut oven masing

Untuk Icing
2 biji putih telur dipukul sehingga meringue
Sedikit gula icing yang telah di ayak
beberapa titis pewarna hijau

Cara-cara
1. Putih telur yang meringie tadi dimasukkan sedikit gula icing sambil kacau dengan sudu..bila dah rata masukkan beberapa titis pewarna. dan paipkan mengikut acuan yang sesuai. Icing akan mengeras sendiri..










Friday, November 12, 2010

Puding Roti

Pemanis mulut nih memang sedap sangat....nak buat pun senang...saya ambil resepi nih dari Sis Hanieliza. Sape tak kenal Kak Liza nih...memang pandai dan berbakat orangnya...


PUDING ROTI
Bahan:

A
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Sedikit kismis hitam


Cara-Cara

1. Koyak-koyak dan carikkan roti. Susan dalam loyang pembakar. Tuang kan susu. Biar seketika sehingga tenggelam dan rendam selama 1/2 jam
2. Kacau kesemua bahan B dan masukkan Kismis.
3. Tuang ke dalam loyang yang berisi roti  dan susu tadi. Bakar selama lebih kurang 30 minit pada suhu 180 ' celcius.

Juga enak  dimakan bersama sos kastard atau aiskrim.

Biskut Eyed Susan

yg niih filling jem blueberry
Resepi biskut nih saya ambik dari SisLea . Memang sedap..rase lemak2 gebu. Senang buat sebab tak perlu nak canai..just buat bulat-bulat...lepas tuh sapu sedikit permukaan atasnye dengan telur putih...golekkan dgn almond nibs...selepas itu, amik hujung senduk kayu..buat sedikit lubang...dan paip la jem strawberi..jem tuh bole tukar ikut cita rasa anda. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN:
260gm tepung gandum
1/2 tsp baking powder
Secubit garam - saya tak letak garam
250gm butter
125gm gula castor
1 tsp esen vanilla
1 biji kuning telur
HIASAN:1 biji putih telurAlmond nibs secukupnya, tak perlu dipanggang
Jem strawberry seckupnya

CARA-CARA:
1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga sebati.
3. Masukkan kuning telur dan terus kacau. Masukkan esen vanilla dan terus kacau.
4. Kaupbalikkan adunan tepung ke dalam mentega dan uli sedikit hingga setakat menjadi doh yang lembut.
5. Sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil dan bulat-bulatkan. Ini untuk mendapatkan bentuk yang sama untuk setiap biskut
6. Celup permukaan atas biskut dalam puith telur dan kemudian celup ke dalam almond nibs.
7.Susun dalam dulang pembakar dan buatkan lubang tengah dan paipkan Jem kedalam lubang tadi.(sis gunakan pemegang senduk kayu buat lubang tengah2 biskut)
9.Bakar pada suhu 200 darj cel selama 10 min atau ikut oven masing-masing.

Thursday, November 11, 2010

Acar Limau

Acar Limau ini sangat sedap bila makan bersama-sama nasi panas dan sedikit ikan masin. Acar ini juga selalu laa dapat permintaan dari majlis kenduri-kenduri kahwin,..sebab sesuai sekali makan bersama nasi minyak. Acar ni buat sempena menyambut bulan Ramadhan yang lepas. Bukan ape...kadang2 emergency terbangun lewat...tak sempat nak masak..so makan acar ini jer la bersama dengan nasi....hihihih


tuh tgh dok masak...
Bahan A

100gm Cili Kering   - (dipotong dan dibuang biji - goreng tanpa minyak - lepas tu blender dgn sedikit air)
500gm Bawang Merah - Di belah 4
5 biji Labu Bawang Putih - Dibelah 3 (bukan 5 ulas yer)
Halia - Kuantiti halia sama byk laa dengan bawang yg dh dibelah2 nih...potong memanjang
1 Sudu Makan Biji Sawi
*1 sudu makan Rempah biji
*1/2 sudu makan jintan manis
*1/2 sudu makan jintan putih
*sedikit kulit kayu manis, patahkan...amik sikit jaa.....tak boleh lebih..nanti pahit
*1 biji buah pelaga
*2 tangkai cengkih
*1 biji bunga lawang
(Yang bertanda * nih...digoreng tanpa minyak....lepas tuh tumbuk..bagi halus...)
200gm Buah Kurrma
200gm Gula Kundur
200gm, Lobak Asin Madu – kalau panjang sgt..potong2 la sikit
Buahan2 Jeruk kalau boleh elakkan guna buah pala..sebab buah pala die rasenye  Pedor sikit.....tak sedap kalau bubuh banyak
2 sudu makan cuka
Limau Telur Buaya @ nipis - yang telah dijerukkan (baca nota di bawah)
Gula – perlu byk…utk nampakkan kuah mcm kehitaman + tambah sedikit  gula merah
Minyak – perlu byk jugak

Bahan B
100 grm bawang merah, bawang putih, halia. (ini buat mcm nak tumis kari)
Agak2 la tak perlu byk..utk tumis jaa

Cara-cara
1)   Tumis  Bahan B..sehingga naik bau dan kekuningan
2)   Masukkan Rempah yg ditumbuk td yang digaul bersama Cili yg diblenderr…masak sampai pecah minyak
3)   Masukkan cuka makan ..Kacau..masukkan lobak asin(yg nih perlu masuk awal)
4)   Masukkan bahan A dan jeruk2 yang lain..last sekali masukkan gula…Perlu Byk ye!..utk hidangkan…hiaskan dgn biji lenga/bijan yang digoreng dahulu..tabur atas

Nih Bahan2 utk Jeruk Limau
8 bji Limau Nipis atau limau telor buaya (org utara panggil)

Ada 2 cara nak buat,
Cara 1
 kalau bonda saya punya style ..die suke jerukkan limau tuh dulu..
Cara dia limau nipis dibelah 4,tanpa putus…dibuang biji dan digaul dgn garam dan kunyit…simpan dalam balang kaca…kira buat jeruk la…lagi lama..lagi bagush..limau mak saya selalu simpan dlm 3-6 bln…ini cara org rajin la..nanti bile nak guna…amik limau tuh…basuh2 dgn air…terus campak dlm kuali…

Cara 2
Rebus limau yang dibelah 4..dengan Gula dan sedikit air…Gula kena lebih..bile limau dah
lembut..tuangkan…limau bersama kuahnya sekali dlm acar kita td..Selamat Mencuba

Marble Blueberry Cheese Kek


Ciskek nih dibuat pada hari ahad minggu lepas. 2nd time la buat ciskek. Suke sangat dengan ciskek nih bukan ape..sbb ciskek nih favourite suami dan anak. Risau nak buat takut tak jadi..yerlakan belanje besor..kang kalau tak jadi malu kena kutuk dgn family..hihi...tp nekad jugak nak buat sbb tak tahan tgk Sis Hana punya kek. Resepi saya derhaka sikit...sebabnya kat kedai bakery nih takde jual syrup blueberry...jum tgk resepi saya

Bahan-bahan
Untuk base (jika sukebase tebal - boleh tambah kan lagi biskut dan perlu ekjas sedikit butter)
80gm biskut marie @ ritz -  saya guna 100 g  Biskut cream cracker
 50 gm butter - saya guna 70g butter - cairkan

Untuk Cheesecake
250g cream cheese -lembutkan pada suhu bilik
200g whipping cream
150g yogurt plain - saya guna nestle 140 gm sahaja
60g gula castor
15g gelatin
60ml air panas
50g buah blueberry tin - }saya guna 100 grm blueberry fruit filling
25ml syrup blueberry - } dicampurkan dengan 2 sudu besar air



Cara
1. Alas Springfoam 9cm dengan kertas minyak. Satukan biskut yang telah dikisar dengan mentega yang telah dicairkan. Padat dan mampatkan dalam springfoam. Saya guna jari je tekan-tekan. Sejukkan dalam peti ais selama 30 minit
2.Serbuk gelatin dibancuh dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin nih agar tidak berbiji2) -saya guna air panas sahaja.
 3.Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
4.Gunakan spatula, masukkan bluebery fruit filling tadi. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble.. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Kalau tak berapa nak nampak corak marble. jika ada lebihan filling. bole tuang di atas kek. di beberapa tempat. dan lorekkan menggunakan lidi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 3jam.
5.Potong dan hidangkan.

Roti Sardin Gulung


Bahan

Sebuku Roti Gardenia (kecil)
(Dikukus dlm periuk kukusan selama 6 minit. Susun semua roti pun takpa.dan kukus.sehingga lembut)
1 mangkuk kecil serbuk roti
4 bji telur - dipukul sedikit
sedikit tepung gandum dibancuh sedikit air - dijadikan gam utk lekat gulungan roti


Bahan Inti
1 biji labu bawang besar - di potong dadu @ racik halus
1 tin sederhana sardin cap Ayam -asingkan sos sardin ambil isi sahaja
3 sudu besar air jus limau nipis
3 biji cili merah besar - di racik halus
kalau suka pedas boleh campur sedikit cili padi
Sedikit gula dan garam

Cara-cara
1.Hancurkan isi ikan sardin. dan satukan dengan semua bahan. Rasakan ikut citarasa masing.ketepikan
2. Roti yang telah dikukus tadi, digelek dengan penggelek sehingga sedikit nipis. jgn terlalu tekan kuat,tujuannya untuk memudahkan proses menggulung nanti. letak dalam satu sudu besar inti.dan gulung rapat-rapat agar kemas.
3.Letakkan tepung gandum yang telah dibancuh dengan air(gam).sapu pada hujung roti yang sudah digulung tadi. Celupkan ke dalam telur dan  lumurkan dengan serbuk roti...Lepas tuh bolela masukkan dalam kuali..Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Sedap...sesuai untuk breakfast, minum petang atau bawa bekal anak ke sekolah.

Biskut Topi










Biskut di atas tuh merupakan biskut turun temurun dari zaman arwah opah lagi...selalunya orang order untuk hantaran pertunangan dan pernikahan...nak resepi? hihihi nanti sy update..sebab saya buat biskut nih tak pernah sukat...semua guna cawan...takut nanti org complain plak. Cawan yang digunakan plak cawan yg kite minum kopi tuh..bukan cawan sukat yang kat kedai bakery jual hihihi...

Biskut Topi

Bahan
250 gm mentega berkualiti tinggi - pada suhu bilik
1 cawan gula perang
1 biji kuning telur - putih telur jgn buang
1 cawan tepung jagung
1 cawan quaker oat
selebihnya tepung rose plain flour atau tepung gandum
1 sudu kecil essen vanilla

Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula hingga gula nampak hancur..jgn terlalu kembang

2. Masukkan 1 biji kuning telur + Essen Vanila. Kacau guna senduk kayu sudah memadai

3.Masukkan oat dan kacau. Masukkan tepung jagung. kacau dgn senduk

4. Akhir sekali masukkan tepung rose @ tepung gandum.(Bancuh dgn tangan, rasakan dengan menggunakan tangan) jangan terlalu lembut dan terlalu keras. Biar sedikit lembut kerana apabila adunan terdedah kepada udara. adunan tepung akan menjadi sedikit keras.

5. Ambil doh dan canai mengikut ketebalan yang puan2 suka. lebih kurang 0.8cm - 1cm. Tekap dengan acuan bulat.

6. Kemudian ambil sedikit adunan dan bentukkan dengan menggunakan jari seperi ala2 hujung topi..dan cantumkan dgn adunan yang ditekap bulat tuh. Sapukan dengan sedikit telur putih sebelum menampal

7. Bakar pada suhu 180 dlm masa 20-25 minit. ikut oven masing-masing

Untuk Royal Icing
1 putih Putih telur  dipukul sehingga menjadi meringue. Masukkan Gula icing sikit2. jgn terlalu cair.
akhir sekali boleh titiskan pewarna.boleh paip ikut kreativiti..

Wednesday, November 10, 2010

Marble Cheese Brownies

Marble Cheese Brownies...resepi ini diambil dari Sis Rinnchan kalau nak resepi tekan la link tuh...Tq sis Rinnchan kerana sudi berkongsi resepi.
utk MCB nih...saya kurangkan kuantiti gula di bahagian cokelat dan cheese...
MCB nih kalau tak silap ain yang order utk dibawa masa Jamuan Raya kat pejabat...hihihi tgk tuh..corak straight tak boleh nak konsisten...sebab time mencorak tuh..ramai plak yg tgk..ketaq habis tangan
ini yang sempat dibuat mase open house hari tuh....4 biji...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...