Followers Yang Baik Hati, Tq

Sunday, March 13, 2011

Paparoti@RotiBoy@MexicoBun

Assalamualaikum...hapy monday dei! haha..sorry lama tak mengemaskini blog..almaklumla spt dibagitau dr awal..sebuk dengan tugas di pejabat dan di rumah...Sebelum tuh Cb nak ucapkan Takziah kepada semua mangsa gemba bumi di Japan...dengarnye breaking news pasal gempa bumi nih....terus teringat kat Kak Hana , sib baik la dapat maklumat dr Kak nor yang mane kak ros jintan manis bgtau..tempat kejadian jauh dr Kanazawa...time tuh juga google maps..ha'a jauh sgt..berdepan dgn  negara Korea..cuma masih juga la berasa gegagarannya...

Cita pasal gempa bumi nih..Cb pun pernah merasa gak gegaran...mase tuh keje kat penang...ttiba jer katil bergetar...ingatkan benda biasa aje...bila dh ade pengumuman suruh turun kat bawah apartment..baru tau itu gempa bumi ..Ok dipendekkan cita...diharap dan didoakan semua rakyat Malaysia yang bekerja dan menuntut berada dalam keadaan baik dan dilindungi Allah s.w.t dari sebarang kejadian yang tidak elok.Aminn...

Ok now nak cite plaak..ape projek hujung minggu baru nih..layan gambar dulu kang kite tempek resepi...resepi sumbangan diana myresepi dan Kak nieza Helsinki. Nanti CB letak elok2 link dia...mula2 cb amik resepi kat dianamyresepi...tp tak berapa paham beberapa ayat..so tgk kat dapur nieza..rase lebih jelas dan confident sikit...

Banyak kisah la di sebalik tabir buat mexico bun nihh..siap kena karen lagi (rase mcm serik pun ade) mane tak nye...dgn doh2 tuh pun ade karen(aliran elektrik)...hahahaha..nak tau pasal apa...sbb CB tersilap pasang batang penguli tuh...ade 2 hand mixer...dua 2 leh pakai lagi..kes tersilap pasang...bile mix aje..doh naik sampai mesin...terus terasa karen..bila off suis jap...kat besi n doh tuh pun ade mcm renjatan...hahahah so ape lagi..panggil adik jantan yg bongsu tu tulung...

bila check balik..patut laa laa ade karen..salah pakai baju..kuhh semangat ..sib baik tak kejung...yg beshnye..permintaan memang terhangat di pasaran...kira buat 2 kali la..trip pertama buat breakfast ..peh tuh malam tuh plak buat sekali lagi..utk makan malam...yang tuh permintaan mak...so walaupun agak keletihan  dan masih terkejut dgn peristiwa kena karen...ku gagahi jua la buat sekali lagi





versi rajin...


versi malas..dh rupe mcm pk sendiri ler


versi terlebih garing..tp i like it..


so yummy...tak sia2 cuba

Mexico Bun
Sumber : Kak Nieza Helsinki (terima kasih saya copy bulat-bulat)

BAHAN UNTUK DOH
500 gram tepung roti, diayak
20 gram susu tepung , diayak
75 gram gula kaster
1 sudu teh) garam
1 1/2 sudu teh yis segera
1 biji telur, dipukul sedikit
270 gram (270 ml) air
60 gram mentega, dilembutkan

CARA MEMBUAT
1. Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. 
2. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. 
3. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. 
4. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.

Bahan untuk Inti
100 gram mentega/ cream cheese , dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanilla
35 gram gula perang/ icing sugar
(untuk rujukan CB, next time boleh kurang kan lagi kut kuantiti  mentega dia, sbb banyak sgt Extra)caranya
1. Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. 
2. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. 
3. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. 
4. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.


Bahan untuk Topping
100 gram mentega, dilembutkan
80 gram gula aising, diayak
2 biji telur, dipukul sedikit
2 Sudu Esen Roti Boy / cappucino essence (CB letak 3 sudu makan nesscafe dibancuh dgn 2 sudu makan air)
100 gram tepung serbaguna ( superfine flour) CB letak tepung rose/gandum  aje
(untuk rujukan CB pada masa akan datang , boleh kurangkan kuantiti mentega,sbb byk sgt lebihan topping)

Cara untuk Topping
1. Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. 
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen cappucino/ roti boy essence. 
3. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. 
4. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

MEMBUAT MEXICAN BUN
1. Leperkan satu bebola doh dan masukkan intinya. 
2. Cantumkan dan bulat kan duh. Buat sehingga habis. Biarkan ia naik sebentar. 
3. Paipkan toping diatas permukaan doh yang telah naik. 
4. Bakar selama 20 minit dalam kepanasan 160C - atau topping telah garing
 
dan
 
Roti Boy
 
Bahan-bahan ( 17 biji )
  • # Bahan untuk Inti #
  • 100 gram mentega bergaram, dilembutkan
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
  • 35 gram gula perang
  • # Bahan untuk Topping #
  • 100 gram mentega, dilembutkan
  • 80 gram gula aising, diayak
  • 2 biji telur, dipukul sedikit
  • 3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air (cb takde essen kopi so CB amik resepi nih)
  • secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi
  • 100 gram tepung serbaguna, diayak
  • # Bahan untuk Doh Manis #
  • 500 gram tepung roti, diayak
  • 20 gram tepung susu, diayak
  • 75 gram gula kaster
  • 1 sudu teh) garam
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)  --> ayat nih buat CB tak berapa paham...so CB refer kak nieza punye resepi
  • 60 gram mentega, dilembutkan
Cara-cara
  1. Cara untuk Intinya Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Cara untuk Topping Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Cara untuk Doh Manis Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
Cara untuk membuat Roti Boy Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuning

8 comments:

  1. wahhh..ni yang nak try jugak ni.dah lama jugak usha usha resepi ni...

    nak try jugakk...mekasihh.lawa la nampak.kena letak banyak2 ye.baru cantik permukaan tu ek

    ReplyDelete
  2. kak izah letak banyak topping baru besh....baru mcm ade tapak sikit....sedap2..tak rugi cuba!!

    ReplyDelete
  3. perhhh..cantik la roti mexico ni....
    k.mas tak pernah try lagi..
    nanti nak try gak...
    selalunya kak mas beli jer..he..he..

    ReplyDelete
  4. tuh laa kite selalu beli jugak...tengok kat umah ramai sgt yg gemar roti nih...tuh yg cuba buat tuh...memang rase mcm kat paparoti hihih

    ReplyDelete
  5. kak, kite da fhm ayt lau da gn susu tpg jgn gn susu tp gn air...
    mksd dy, lau kite da gn susu tpg kite kna gn air sbnyk 270ml..
    lau xnk gnkn susu tpg 2 kite gntikn ngn susu segar...
    so, xperlukn air...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah menjadi mexico bun cb...memang cantik kejadiannya rotimu itu dik...haha tq sudi mencuba....akak memang suka roti ni terutama sekali masa msk tu bau harum mewangi jer..keluar oven terus ngap..haha terasa mcm nk mkn lagi jer..tapi malas lak nk buat tapau roti cb la dulu..hehe

    ReplyDelete
  7. nyammiiii~~~~~ sedapnyer.. dh berbulan save resepi nih, xbuat2 lagi..

    ReplyDelete
  8. Mу brother rесοmmendеd I mіght liκe this wеb ѕite.

    He was entirelу гight. Thіѕ pοst trulу made mу day.
    You cann't imagine simply how much time I had spent for this info! Thanks!

    Here is my web-site - payday loans
    My website - payday loans

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Jasa anda amat dihargai.Kepada Anonymous sila tinggalkan nama :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...